No updates detected yet. GitHub releases will appear here.
The maker's introduction consists of the line above. Read the repository README for more details. Repository README ↗
Loading the full README.
Read the full README ↗Permainan simulasi politik Malaysia. Pemain bermula sebagai Ahli Biasa di sebuah Cawangan dan cuba naik ke jawatan Cawangan, Bahagian dan Pusat melalui kitaran pemilihan 3 tahun, kemudian bertanding PRU/PRN dan memegang jawatan kerajaan.
Parti yang boleh dimainkan:
| Parti | Mod | Ciri khas |
|---|---|---|
| UMNO | Penuh | Struktur asal permainan (Cawangan, Bahagian, Pusat; sayap Pemuda, Puteri, Wanita), ikut Perlembagaan UMNO 2025: jawatan Pusat diundi di Mesyuarat Perwakilan Bahagian (191 Bahagian), penangguhan pemilihan selepas PRU (Fasal 10.16), lantikan Ketua dan Presiden |
| MCA | Penuh | Komponen BN di Semenanjung: semua 165 kawasan Parlimen (kuota kerusi 40 Parlimen / 90 DUN ikut peratus Cina), Cawangan = Daerah Mengundi; pemilihan parti selepas setiap PRU, Pusat dipilih oleh perwakilan Bahagian, lantikan Presiden, had Presiden 9 tahun, 3 tahun keahlian untuk bertanding (Perlembagaan MCA) |
| MIC | Penuh | Komponen BN di Semenanjung: semua 165 kawasan Parlimen (kuota kerusi 10 Parlimen / 20 DUN ikut peratus India), Cawangan = Daerah Mengundi (60 hingga 200 ahli); pemilihan setiap 3 tahun dari 2027; semua jawatan tinggi perlu sedang Pengerusi Cawangan; Presiden dipilih oleh pegawai Cawangan (250 penamaan); Kongres Negeri; sayap Putera; had 3 penggal Pengerusi Bahagian dan Presiden (Perlembagaan MIC) |
| PPP | Ringan | Komponen BN di Semenanjung, berbilang kaum: 39 kawasan Parlimen campuran, Cawangan = Daerah Mengundi; tiada kerusi tetap (Tuntut Kerusi BN melalui Pengaruh dalam BN); krisis kepimpinan dan pembekuan ROS; sayap Putera dan Puteri (andaian; tiada perlembagaan awam) |
| PBRS (Sabah) | Ringan | Komponen BN di pedalaman Sabah: 7 kawasan Parlimen (20 DUN), kuota Pensiangan + Sook dan Bingkor; Dua Gabungan BN & GRS (kuota DUN dan pertembungan GRS); DUN dipilih dalam PRN Sabah (andaian; tiada perlembagaan awam) |
| PBB (Sarawak) | Penuh | Ranting, Cawangan (= DUN) dan Pusat; Majlis Tertinggi, Perhimpunan Agung PBB, imbangan blok Bumiputera & Pesaka, tuntutan Premier |
| PRS, SUPP, PDP (Sarawak) | Ringan | Parti rakan GPS dengan kuota kerusi; ciri teras masing-masing (Pengaruh GPS, Sokongan Bandar, Imbangan Kaum) |
PRN Sarawak dan PRU Parlimen berjalan berasingan untuk parti Sarawak. Sejak v13.9, PRN Sabah (November 2030, kemudian setiap 5 tahun) juga berasingan untuk pemain di Sabah (UMNO Sabah dan PBRS). Tab Peta memaparkan 82 DUN dan Daerah Mengundi Sarawak.
Penafian: Ini permainan simulasi, bukan laman rasmi parti. Nombor, kebarangkalian dan nama pesaing ialah rekaan permainan. Kad "Laluan Karier Sebenar" ialah ringkasan fakta awam bersumber dan tidak menilai mana-mana tokoh.
NUSA1. atau muat turun fail JSON, kemudian import di peranti lain. Tiada akaun diperlukan.index.html, isi nama, jantina, umur, tahun menjadi ahli, pilih Cawangan dan watak.| Bulan | Apa berlaku |
|---|---|
| 1-3 | Kerja akar umbi (bonus +25% IP dan kesetiaan) |
| 4-5 | Mesyuarat dan pemilihan Cawangan serta sayap |
| 6 | Mesyuarat dan pemilihan Bahagian serta sayap; undi jawatan Pusat (Presiden hingga MKT dan Ketua sayap Malaysia) dalam tahun pemilihan |
| 7-8 | Antara musim |
| 9 | PAU (WTC KL, Menara Dato' Onn): Ucapan Dasar dan usul, tiada undi jawatan |
| 10-12 | Pasca-PAU, bina semula sokongan |
Takwim di atas ialah untuk UMNO. Bagi MCA: Perhimpunan Cawangan bulan 4, Perhimpunan Bahagian bulan 6 dan Perhimpunan Agung bulan 8, dengan pemilihan jawatan hanya pada tahun selepas PRU. Bagi PBB: mesyuarat dan pemilihan Ranting pada bulan 3, Cawangan pada bulan 5 dan Perhimpunan Agung PBB (PA) pada bulan 8.
Kesetiaan susut setiap bulan jika tidak dijaga, dan jawatan makin tinggi makin sukar dimenangi. Jika Sokongan Akar Umbi pemegang jawatan jatuh di bawah 40%, seorang pencabar boleh muncul. Pencabar bertanding menentang anda apabila jawatan itu dipertahankan, dan berundur jika sokongan pulih ke 55%.
Kos wang yang tertera pada butang sudah termasuk pelarasan tahap kesukaran (Mudah -20%, Hardcore +20%). Peruntukan dana kempen pilihan raya ialah pindahan dana, jadi tidak dilaraskan, dan bakinya dipulangkan sepenuhnya.
| Fail / folder | Fungsi |
|---|---|
index.html | Halaman pendaftaran pemain |
dashboard.html | Papan permainan |
js/ | Logik permainan (lihat di bawah) |
css/ | Gaya paparan. index.html memuatkan salinan CSS di dalamnya |
data/ | Data peta dan demografi (JSON) |
assets/images/ | Logo |
apps-script/Code.gs | Pilihan: Google Apps Script untuk membaca data Cawangan |
tools/ | Alat bantuan untuk pembangun, termasuk ujian automatik (lihat di bawah) |
CHANGELOG.md | Catatan perubahan setiap versi |
Modul utama dalam js/:
This is the beginning of the README. Read the rest at the original. Read the full README ↗